Sungguh rasa terlalu asing blog ini. Usang pun ada berhabuk juga ada. Mungkin sudah bersawang. Namun aku akui sudah terlalu lama aku tak mencoret seungkap dua kata kata disini. Mungkin juga kesibukan waktu juga kealpaan aku kepada mini diary aku nan satu ini. Sudah terlalu panjang masa berlalu, aku juga sudah terlupa juga samar samar kisah yang pernah berlaku dalam hidup aku. Namun ku coretkan juga kisah kami berdua. Ya aku bahagia. Dia terlalu sempurna untuk melengkapkan diri ku. walaupun beberapa kekangan yang berlaku namun setelah berfikir dan menilai akhirnya aku harus akui aku sepatutnya berfikiran luas dan matang dalam menilai cintanya. Oh aku terlalu sayangkan dia. Terlalu cintakan dia. Usah diungkap, usah dilabel berapa kekurangan yang dia ada. Aku sudah tak peduli kerana kekurangan dan keburukan dia itu lah yang menguatkan kasih sayang aku dan dia. Kehidupan lain aku sama sahaja. Namun sekarang aku sedang dalam cuti semester 4. Selepas cuti aku akan masuk ke semester 5. Sungguh agak tidak aku sedari beberapa saat minit dan jam yang sudah berlalu. Namun aku panjat kan syukur padaMu tuhan diatas anugerah dan kenikmatan yang kau berikan selama usiaku ini. AMIN.
No comments:
Post a Comment