Tuesday 19 June 2012

Kisah Berlalu..

Sungguh rasa terlalu asing blog ini. Usang pun ada berhabuk juga ada. Mungkin sudah bersawang. Namun aku akui sudah terlalu lama aku tak mencoret seungkap dua kata kata disini. Mungkin juga kesibukan waktu juga kealpaan aku kepada mini diary aku nan satu ini. Sudah terlalu panjang masa berlalu, aku juga sudah terlupa juga samar samar kisah yang pernah berlaku dalam hidup aku. Namun ku coretkan juga kisah kami berdua. Ya aku bahagia. Dia terlalu sempurna untuk melengkapkan diri ku. walaupun beberapa kekangan yang berlaku namun setelah berfikir dan menilai akhirnya aku harus akui aku sepatutnya berfikiran luas dan matang dalam menilai cintanya. Oh aku terlalu sayangkan dia. Terlalu cintakan dia. Usah diungkap, usah dilabel berapa kekurangan yang dia ada. Aku sudah tak peduli kerana kekurangan dan keburukan dia itu lah yang menguatkan kasih sayang aku dan dia. Kehidupan lain aku sama sahaja. Namun sekarang aku sedang dalam cuti semester 4. Selepas cuti aku akan masuk ke semester 5. Sungguh agak tidak aku sedari beberapa saat minit dan jam yang sudah berlalu. Namun aku panjat kan syukur padaMu tuhan diatas anugerah dan kenikmatan yang kau berikan selama usiaku ini. AMIN.

Sunday 20 November 2011

Final exam!


Pejam celik dah nak habes semester 3. Sungguh! Aku tak sedar masa berlalu. Terlalu cepat. Namun apa nasib aku kali ni. Carrymark pun kurang memuaskan. Semoga dipermudahkan dlm final nanti. Insyallah. To all my beloved friends. Good luck n study sunggoh sunggoh k. love u all.

4 Sekawan!


Pahit itu manis, manis itu tetap manis. Tiada sapa mengenal erti sebuah persahabatan sejati. Dimanaletaknya semua sejati yang sering diungkapkan. Seawall mengenali mereka diawal semester aku hnya mengenali mereka sebagai kawan 1 kursus. Kami mulai rapat sejak serumah disemester kedua. Sejak itu lah kami mengenali pahit manis bersama. Alhamdulillah, walaupun aku seperti sebatang kera hidup diperantauan namun aku dipermudahkan oleh allah swt dlm kehidupan seharian. Aku mengenal erti susah senang dengan ditemani kawan2. Mereka sering menghiasi suka duka aku. Terima kasih kawan ! <3 








Aku redha



Bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dari ku. Agar dia tidak kesepian, Selalu rasa cinta agung!

Wednesday 26 October 2011

Kisah hati

Bila hati gelisah tapi mulut merelakan. Oh, bertenanglah! masa depanku lebih penting. Aku rela jika dia rela. Aku enggan jika dia juga enggan. Love u so much darling.


Ku rasa, hadirmu menyempurnakan aku. Tetapi cinta bukan milik kita yang hakiki.!!Namun aku setia menjaga cintamu, selamanyaa...

Thursday 20 October 2011

Aku terlanjur mencintaimu.



Hujan turun dari petang hingga malam. Aku setia menanti. Namun bukan hari ini. Mungkin esok atau lusa. Aku tidak mampu lagi menahan rasa rindu yang makin menjadi-jadi.

Wednesday 19 October 2011

Siti Nurhaliza

Wajah Kekasih

Ku menyaksikan dedaun kekeringan
Gugur ke bumi gersang tiada penghuni
Tiada mentari, awan kesuraman
Bagaikan waktu yang terhenti

Ku menyaksikan seraut wajah cinta
Yang kehampaan tiada lagi bermaya
Kini kehilangan sebuah harapan
Bagaikan cinta yang terkubur

Adakah mungkin untukku menghindari
Gurisan kasih luka di hati
Jiwaku resah apakah kesudahan
Kecewa ataupun bahagia ooo...

Ku yakinkan diri demi rinduku
Penawar hanya dari wajah kekasih
Walaupun rintangan datang menduga
Ku tempuhinya kerna cinta membara
Ooo... mimpi yang indah
Jelmalah dalam nyata
Wajah-wajah kekasih

Ku mengharapkan ikatan kemesraan
Antara kita akan terlaksana jua
Walaupun impian dalam kekaburan
Ku yakin padamu oh Tuhan