Saturday, 15 October 2011

Rasa Cinta !


Sejujur, aku bukan lah seorang yang mudah memberi cinta. Namun kesungguhan dia buat aku tertawan seribu rasa. Aku tepis kiri dan kanan, depan serta belakang. Namun, dia tetap ada dengan semangat yang utuh untuk menambat hati seorang lelaki. Apa istimewanya aku? Aku sendiri mengakui aku memiliki banyak kekurangan berbanding dia. Namun bagi dirinya aku adalah segalanya. Aku tertawan, aku tertarik. Akhirnya aku lafazkan kasih dan cinta dalam hati. Aku pegang kuat tekad yang ada untuk mengelak dari mengulangi kesilapan dulu. Namun aku bukan lah sesiapa untuk menempis kalimah cinta yang dilafaz setelah satu demi satu pengorbanan dan kasih sayang diberikan. Akhirnya aku akur, dan aku tekad untuk menerima cinta yang diberi. Kasih sayang kami terikat ! cinta kami berseri ! Kami menguntum bahagia hingga dunia ini tiada siapa lagi. Hanya kami berdua. <3

No comments:

Post a Comment