Sunday, 20 November 2011

Final exam!


Pejam celik dah nak habes semester 3. Sungguh! Aku tak sedar masa berlalu. Terlalu cepat. Namun apa nasib aku kali ni. Carrymark pun kurang memuaskan. Semoga dipermudahkan dlm final nanti. Insyallah. To all my beloved friends. Good luck n study sunggoh sunggoh k. love u all.

4 Sekawan!


Pahit itu manis, manis itu tetap manis. Tiada sapa mengenal erti sebuah persahabatan sejati. Dimanaletaknya semua sejati yang sering diungkapkan. Seawall mengenali mereka diawal semester aku hnya mengenali mereka sebagai kawan 1 kursus. Kami mulai rapat sejak serumah disemester kedua. Sejak itu lah kami mengenali pahit manis bersama. Alhamdulillah, walaupun aku seperti sebatang kera hidup diperantauan namun aku dipermudahkan oleh allah swt dlm kehidupan seharian. Aku mengenal erti susah senang dengan ditemani kawan2. Mereka sering menghiasi suka duka aku. Terima kasih kawan ! <3 








Aku redha



Bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dari ku. Agar dia tidak kesepian, Selalu rasa cinta agung!

Wednesday, 26 October 2011

Kisah hati

Bila hati gelisah tapi mulut merelakan. Oh, bertenanglah! masa depanku lebih penting. Aku rela jika dia rela. Aku enggan jika dia juga enggan. Love u so much darling.


Ku rasa, hadirmu menyempurnakan aku. Tetapi cinta bukan milik kita yang hakiki.!!Namun aku setia menjaga cintamu, selamanyaa...

Thursday, 20 October 2011

Aku terlanjur mencintaimu.



Hujan turun dari petang hingga malam. Aku setia menanti. Namun bukan hari ini. Mungkin esok atau lusa. Aku tidak mampu lagi menahan rasa rindu yang makin menjadi-jadi.

Wednesday, 19 October 2011

Siti Nurhaliza

Wajah Kekasih

Ku menyaksikan dedaun kekeringan
Gugur ke bumi gersang tiada penghuni
Tiada mentari, awan kesuraman
Bagaikan waktu yang terhenti

Ku menyaksikan seraut wajah cinta
Yang kehampaan tiada lagi bermaya
Kini kehilangan sebuah harapan
Bagaikan cinta yang terkubur

Adakah mungkin untukku menghindari
Gurisan kasih luka di hati
Jiwaku resah apakah kesudahan
Kecewa ataupun bahagia ooo...

Ku yakinkan diri demi rinduku
Penawar hanya dari wajah kekasih
Walaupun rintangan datang menduga
Ku tempuhinya kerna cinta membara
Ooo... mimpi yang indah
Jelmalah dalam nyata
Wajah-wajah kekasih

Ku mengharapkan ikatan kemesraan
Antara kita akan terlaksana jua
Walaupun impian dalam kekaburan
Ku yakin padamu oh Tuhan

Miss u ! anytime, anywhere.

Our song . 

 



Sunday, 16 October 2011

Kekasih Sebenar dan Selamanya !


Jika kasih itu dapat kusulam hingga syurga,
akan ku sulam hingga penghujung nyawaku,
jika sayang itu dapat ku pahat dirohku,
akan ku pahat sekuat hati supaya ikatan sayang itu boleh bersama ku,
mengiringiku sepanjang perjalananku didunia dan akhirat..

Ayah, Makk..

Jika ada perbuatan yang boleh menzahirkan kesenangan padamu didunia dan akhirat
akan ku korbankan segalanya demi kasihku padamu,
doaku sering mengiringi setiap langkahmu,
mengharapkan pertemuan kita didunia
adalah pertemuan Teragung !

Saturday, 15 October 2011

Rasa Cinta !


Sejujur, aku bukan lah seorang yang mudah memberi cinta. Namun kesungguhan dia buat aku tertawan seribu rasa. Aku tepis kiri dan kanan, depan serta belakang. Namun, dia tetap ada dengan semangat yang utuh untuk menambat hati seorang lelaki. Apa istimewanya aku? Aku sendiri mengakui aku memiliki banyak kekurangan berbanding dia. Namun bagi dirinya aku adalah segalanya. Aku tertawan, aku tertarik. Akhirnya aku lafazkan kasih dan cinta dalam hati. Aku pegang kuat tekad yang ada untuk mengelak dari mengulangi kesilapan dulu. Namun aku bukan lah sesiapa untuk menempis kalimah cinta yang dilafaz setelah satu demi satu pengorbanan dan kasih sayang diberikan. Akhirnya aku akur, dan aku tekad untuk menerima cinta yang diberi. Kasih sayang kami terikat ! cinta kami berseri ! Kami menguntum bahagia hingga dunia ini tiada siapa lagi. Hanya kami berdua. <3

Dia !


Susah untuk dilafaz. Sukar untuk diucap. Aku hanya pendam sebagai peneman dihati. Lama kelamaan rasa itu menjadi sakit hingga menitis sinar mutiara. Aku mencari jalan terbaik untuk melafazkan segala rasa dan aku telah temui teman untuk aku luahkan segalanya. Mungkin ini adalah jalan terbaik untuk aku mencari kedamaian dan ketenangan dihati.